Sunday, July 18, 2010


Pengenalan apa itu Pertanian?

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan

Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:


sumber dipetik dari : wikipedia (pertanian)





Saturday, July 17, 2010

salam permulaan & pengenalan

Salam perkenalan bagi sesiapa yang mengujungi dan membaca blog ini, blog ini hanyalah menerbitkan secara ringkas artikel-artikel mengenai dunia penanaman dan pertanian di malaysia. Ianya bukanlah bahan rujukan yang lengkap bagi sesiapa yang inginkan maklumat-maklumat penuh mengenai dunia pertanian, apa yang di paparkan hanyalah risalah atau artikel pendek yang saya ketahui melalui pengalaman, pelajaran, pengkajian dan pemerhatian saya dalam dunia pertanian.

Pertanian merupakan salah satu sumber penjana ekonomi bagi kebanyakan negara tidak terkecuali negara kita Malaysia, namun sehingga kini masih ramai petani-petani yang leka dan tidak mengambil berat perihal tanaman dan pertanian yang boleh dijalankan secara kormesial. jika hendak di bandingkan di negara-negara luar pertanian ini merupakan salah satu sumber dan jalan untuk memajukan diri dari segi ekonomi keluarga dan menjadi salah satu perniagaan yang boleh membawa keuntungan yang berlipat ganda sekiranya kena pada cara yang dijalankan.

Jadi saya harap dan berdoa semoga bidang pertanian ini akan menjadi salah satu sumber untuk kita dan semua petani-petani yang sedia ada untuk menjadikan ia sebagai satu sumber yang boleh dijadikan perniagaan dan perusahaan yang akan berterusan sehingga ke anak cucu kita akan datang, dan dapat memajukan ekonomi negara ke satu tahap yang boleh dibanggakan.