Tuesday, September 28, 2010

Projek Cane Agro Farm yang sulung



Tepat pada tarikh 25.09.2010 hari sabtu, saya dan rakan kongsi telah sebulat suara untuk memulakan projek kami yang pertama dibawah satu syarikat iaitu Cane Agro Farm..
Kami telah bersetuju untuk memulakan penanaman tebu, memandangkan pasaran tebu adalah begitu luas dan skopnya besar jadi kami pun bersetuju dan sepakat untuk menjadikan nya projek yang pertama. Lagipun masih ramai petani dan pekebun(selain dari negeri johor, N9 dan melaka) yang tidak tahu dan kurang mengambil berat tanaman seperti tebu ini, semuanya kerana mereka merasakan tanaman ini tidak dan kurang mendapat sambutan serta mereka kurang pengalaman dan tidak tahu cara untuk memasarkan tebu ke pasaran luar selain pasaran tempatan (tempat sendiri).

Setelah segala kajian dan pengamatan secara terperinci dan serba sedikit ilmu penanaman tebu kami perolehi, kami pun memulakan kerja membersihkan tanah, meracun rumput, cari kayu pagar, buat batas dan parit, buat kolam takungan air dan mengembur tanah sebelum tanah tersebut dapat kami gunakan untuk menanam tebu.

Segala peralatan, bahan yang diperlukan seperti benih tebu, baja, racun, mesin racun pam air(untuk menyiram) dll keperluan telah kami sediakan cuma menunggu masa untuk kami memulakan projek ini.....semoga segala apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa...amin.

2 comments:

  1. 10 EKAR PERMULAAN PENANAMAN,BERAPAKAH MODAL KESELURUHAN?!!!!!!!!!!!!???????????

    ANGGGARAN KEUNTUNGAN 10 EKAR SEMUSIM?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?????

    DARI SEGI PASARAN,ADAKAH EN. TELAH MEMPUNYAI PASARAN ATAU MASIH MENCARI ATAU MEMINTA BANTUAN AGENSI LAIN UNTUK MEMBANTU SEPERTI FAMA???!!!
    SEKIRANYA EN. KATAKAN PASARAN TEBU SANGAT LUAS APAKAH YANG MENYOKONG PENDAPAT EN????!!!!

    ReplyDelete
  2. 10 EKAR PERMULAAN PENANAMAN,BERAPAKAH MODAL KESELURUHAN?!!!!!!!!!!!!???????????

    ANGGGARAN KEUNTUNGAN 10 EKAR SEMUSIM?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?????

    DARI SEGI PASARAN,ADAKAH EN. TELAH MEMPUNYAI PASARAN ATAU MASIH MENCARI ATAU MEMINTA BANTUAN AGENSI LAIN UNTUK MEMBANTU SEPERTI FAMA???!!!
    SEKIRANYA EN. KATAKAN PASARAN TEBU SANGAT LUAS APAKAH YANG MENYOKONG PENDAPAT EN????!!!!

    ReplyDelete