Tuesday, December 7, 2010
PROSES MENYEMAI BENIH TEBU TELUR
Tanpa membuang masa kerja2 menyemai benih pun dilakukan..... 2 org pembantu (adK ipar aku & kawannya)
Sunday, December 5, 2010
BENIH TEBU TELUR KEBUN KESOM, MANIR
1. benih terlalu tua & kurang elok
2. mata pucuk byk yg patah & pertumbuhan anak benih sedikit terbantut
3. tumbesaran anak benih perlahan kecuali bhgian pucuk tebu shj yg cepat tumbesarannya yg lain haram tggu le smpai lebam huhuhu.....
tapi apa2 pon usaha mesti diteruskan untuk melihat hasil projek yg pertama brjalan dgn lancar dan jayanya.....semoga segalanya berjln dgn lancar
benh tebu yg dah dipotng2 & siap untuk d'semai
benih yg dibeli dkt kebun tebu kg kesom manir
ladang tebu kesom manir milik pak awang tmpat aku amik benih2 tebu
PEMBERSIHAN & MEMBAJAK
masih byk lg gbr2 yg belum di upload kat sini.....kena buat step by step la br gmpak takkan terus nak lompat ye dak.....dan byk lg perancangan dan projek2 yg akan djalankan oleh Cane Agro Farm dan ia mengikut jadual2 yg telah direncana sepanjang tahun 2011. Semoga segala usaha dan kerja akan mendapat keredhaan dr Ilahi, amin....
Sunday, October 10, 2010
saya begitu berharap agar projek permulaan bagi Green Agro Farm akan berjalan dengan lancar dan teratur mengikut skim2 yang telah ditetapkan. semoga Allah memberi rahmat dan limpah kurniaNya, amin.....
Tuesday, September 28, 2010
Projek Cane Agro Farm yang sulung
Tepat pada tarikh 25.09.2010 hari sabtu, saya dan rakan kongsi telah sebulat suara untuk memulakan projek kami yang pertama dibawah satu syarikat iaitu Cane Agro Farm..
Kami telah bersetuju untuk memulakan penanaman tebu, memandangkan pasaran tebu adalah begitu luas dan skopnya besar jadi kami pun bersetuju dan sepakat untuk menjadikan nya projek yang pertama. Lagipun masih ramai petani dan pekebun(selain dari negeri johor, N9 dan melaka) yang tidak tahu dan kurang mengambil berat tanaman seperti tebu ini, semuanya kerana mereka merasakan tanaman ini tidak dan kurang mendapat sambutan serta mereka kurang pengalaman dan tidak tahu cara untuk memasarkan tebu ke pasaran luar selain pasaran tempatan (tempat sendiri).
Setelah segala kajian dan pengamatan secara terperinci dan serba sedikit ilmu penanaman tebu kami perolehi, kami pun memulakan kerja membersihkan tanah, meracun rumput, cari kayu pagar, buat batas dan parit, buat kolam takungan air dan mengembur tanah sebelum tanah tersebut dapat kami gunakan untuk menanam tebu.
Segala peralatan, bahan yang diperlukan seperti benih tebu, baja, racun, mesin racun pam air(untuk menyiram) dll keperluan telah kami sediakan cuma menunggu masa untuk kami memulakan projek ini.....semoga segala apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa...amin.
Saturday, September 4, 2010
intro & pengenalan logo syarikat
buat masa ini saya baru merangka dan membuat perangcangan untuk menubuhkan syarikat, mencari pasaran dan merangka strategi jangka pendek dan panjang serta hala tuju syarikat ....ini harus saya lakukan sekiranya ingin memastikan perniagaan yang ingin dilakukan berada dalam landasan yang betul.
bukan mudah untuk kita membina sebuah perniagaan, banyak perkara yang kita perlu ambil tau... kita kena persiapkan diri sebelum memulakan sesuatu yang baru dalam bidang yang kita belum ceburi.... tapi belajar dan mencari ilmu tanpa mempratik ilmu yg dipelajari juga x berguna sebab sesuatu benda yang ingin dibuat tidak semudah yang dibaca dan dilihat...
ini antara beberapa logo dan trademark bagi syarikat yang bakal digunakan, tapi masih lg mencari mana yg sesuai....
semoga apa yang dirancang akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh yang Maha Esa, amin.
Sunday, July 18, 2010
Pengenalan apa itu Pertanian?
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan
Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.
Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:
- biobahan api, bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4]
- makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;
- gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;
- bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;
- perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;
- biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;
- keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan
- bahan lain yang berguna, misalnya damar.
sumber dipetik dari : wikipedia (pertanian)
Saturday, July 17, 2010
salam permulaan & pengenalan
Pertanian merupakan salah satu sumber penjana ekonomi bagi kebanyakan negara tidak terkecuali negara kita Malaysia, namun sehingga kini masih ramai petani-petani yang leka dan tidak mengambil berat perihal tanaman dan pertanian yang boleh dijalankan secara kormesial. jika hendak di bandingkan di negara-negara luar pertanian ini merupakan salah satu sumber dan jalan untuk memajukan diri dari segi ekonomi keluarga dan menjadi salah satu perniagaan yang boleh membawa keuntungan yang berlipat ganda sekiranya kena pada cara yang dijalankan.
Jadi saya harap dan berdoa semoga bidang pertanian ini akan menjadi salah satu sumber untuk kita dan semua petani-petani yang sedia ada untuk menjadikan ia sebagai satu sumber yang boleh dijadikan perniagaan dan perusahaan yang akan berterusan sehingga ke anak cucu kita akan datang, dan dapat memajukan ekonomi negara ke satu tahap yang boleh dibanggakan.