Saturday, January 8, 2011

TEBU MULA KELUAR PUCUK

dah lama aku x update blog ni, skrg nih tebu dah cecah 21/2 kaki... tapi masalah juga x terlepas mcm2 cabaran & masalah yg dtg.....paling teruk terpaksa berhadapan dgn kera2 yg nakal tp jahat, termasuk la masalah lembu & makhluk allah berkepala hitam bertangan panjang(ni bkn kera ke beruk ke ni spesis manusia jenis malas nak keje)byk gak la peralatan aku yg kene rembat...

tp sume 2 aku hadapi dgn hati yg tenang dan terbuka, aku berserah je paa Yang Maha Esa moga dipermudahkan segala kerja yang dilakukan amin. ni antara gbr2 terbaru dr kebun aku tp nih yg bln 11 la....utk thn ni blum di upload lg kene la ikut step by step.

kurang penjagaan buatkan tebu kurang ctk tumbesarannya


Tuesday, December 7, 2010

PROSES MENYEMAI BENIH TEBU TELUR

Akhirnya siap la keje2 pembersihan dan membajak tanah dilakukan.....tapi hati kurang puas le ngan hasil keje yang dilakukan, sebab kawasan tak bersih ngan cantik masih ada tunggul kayu dan reba yang tinggal dan buat menyemakkan kawsan penanaman...

Tanpa membuang masa kerja2 menyemai benih pun dilakukan..... 2 org pembantu (adK ipar aku & kawannya)





Sunday, December 5, 2010

BENIH TEBU TELUR KEBUN KESOM, MANIR

Gbr tmpat aku dapatkn bnih di kg kesom manir...benih tebu telur cukup susah untuk dptkn jd trpaksa la beli dr kebun, dan sedikit kerugian beli benih dr kebun :

1. benih terlalu tua & kurang elok
2. mata pucuk byk yg patah & pertumbuhan anak benih sedikit terbantut
3. tumbesaran anak benih perlahan kecuali bhgian pucuk tebu shj yg cepat tumbesarannya yg lain haram tggu le smpai lebam huhuhu.....

tapi apa2 pon usaha mesti diteruskan untuk melihat hasil projek yg pertama brjalan dgn lancar dan jayanya.....semoga segalanya berjln dgn lancar



benh tebu yg dah dipotng2 & siap untuk d'semai


benih yg dibeli dkt kebun tebu kg kesom manir


ladang tebu kesom manir milik pak awang tmpat aku amik benih2 tebu




PEMBERSIHAN & MEMBAJAK

Dah lama rasanya tak update blog ni.... maklum la hujung tahun ni banyak la skit keje2 yg nak kene buat, tambahan skrg nih asyik kene out station je jadi blog pun lama la x update...ni disediakan gbr2 terbaru dari ladang Cane Agro Farm...





masih byk lg gbr2 yg belum di upload kat sini.....kena buat step by step la br gmpak takkan terus nak lompat ye dak.....dan byk lg perancangan dan projek2 yg akan djalankan oleh Cane Agro Farm dan ia mengikut jadual2 yg telah direncana sepanjang tahun 2011. Semoga segala usaha dan kerja akan mendapat keredhaan dr Ilahi, amin....

Sunday, October 10, 2010

Terbaru gambar ladang tebu Cane Agro Farm yang dalam proses pembersihan dan dijangka dapat digunakan lebih kurang 1 minggu dr sekarang. Untuk proses yang pertama tanah akan di tolak terlebih dahulu untuk membuang segala semak dan pokok yang ada bagi memulakan proses pembajakan. kemudian proses membuat batas dan parit sebelum proses penyemaian benih dapat dijalankan.












saya begitu berharap agar projek permulaan bagi Green Agro Farm akan berjalan dengan lancar dan teratur mengikut skim2 yang telah ditetapkan. semoga Allah memberi rahmat dan limpah kurniaNya, amin.....

Tuesday, September 28, 2010

Projek Cane Agro Farm yang sulung



Tepat pada tarikh 25.09.2010 hari sabtu, saya dan rakan kongsi telah sebulat suara untuk memulakan projek kami yang pertama dibawah satu syarikat iaitu Cane Agro Farm..
Kami telah bersetuju untuk memulakan penanaman tebu, memandangkan pasaran tebu adalah begitu luas dan skopnya besar jadi kami pun bersetuju dan sepakat untuk menjadikan nya projek yang pertama. Lagipun masih ramai petani dan pekebun(selain dari negeri johor, N9 dan melaka) yang tidak tahu dan kurang mengambil berat tanaman seperti tebu ini, semuanya kerana mereka merasakan tanaman ini tidak dan kurang mendapat sambutan serta mereka kurang pengalaman dan tidak tahu cara untuk memasarkan tebu ke pasaran luar selain pasaran tempatan (tempat sendiri).

Setelah segala kajian dan pengamatan secara terperinci dan serba sedikit ilmu penanaman tebu kami perolehi, kami pun memulakan kerja membersihkan tanah, meracun rumput, cari kayu pagar, buat batas dan parit, buat kolam takungan air dan mengembur tanah sebelum tanah tersebut dapat kami gunakan untuk menanam tebu.

Segala peralatan, bahan yang diperlukan seperti benih tebu, baja, racun, mesin racun pam air(untuk menyiram) dll keperluan telah kami sediakan cuma menunggu masa untuk kami memulakan projek ini.....semoga segala apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa...amin.

Saturday, September 4, 2010

intro & pengenalan logo syarikat

sekian lama menjalankan kajian dan pemerhatian dalam dunia pertanian saya rasa sedikit sebanyak telah memperolehi ilmu dalam bidang pertanian.........

buat masa ini saya baru merangka dan membuat perangcangan untuk menubuhkan syarikat, mencari pasaran dan merangka strategi jangka pendek dan panjang serta hala tuju syarikat ....ini harus saya lakukan sekiranya ingin memastikan perniagaan yang ingin dilakukan berada dalam landasan yang betul.

bukan mudah untuk kita membina sebuah perniagaan, banyak perkara yang kita perlu ambil tau... kita kena persiapkan diri sebelum memulakan sesuatu yang baru dalam bidang yang kita belum ceburi.... tapi belajar dan mencari ilmu tanpa mempratik ilmu yg dipelajari juga x berguna sebab sesuatu benda yang ingin dibuat tidak semudah yang dibaca dan dilihat...

ini antara beberapa logo dan trademark bagi syarikat yang bakal digunakan, tapi masih lg mencari mana yg sesuai....










semoga apa yang dirancang akan mendapat keberkatan dan dirahmati oleh yang Maha Esa, amin.